30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

CEO KRH, Zainal Azni dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA

Mesti Baca

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn Bhd (KRH), Zainal Azni Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu.

Pelantikan Zainal Azni bagi menggantikan Datuk Abdullah Zainal yang bersara pada 6 Jun lalu itu berkuat kuasa mulai 7 Jun lalu.

RISDA dalam satu kenyataan berkata, watikah pelantikan disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, semalam.

Zainal Azni yang menjawat jawatna CEO KRH sejak 2020 telah berjaya membawa syarikat itu mencatat keuntungan RM53.3 juta, iaitu pencapaian tertinggi syarikat RISDA dalam tempoh tersebut.

Advertisements

“Mandat yang dipertangunggjawabkan ini telah memperihatkan pencapaian syarikat melalui peningkatan keuntungan sebanyak 5 peratus setiap tahun seterusnya menjadikan syarikat di bawah KRH antara yang terbaik di bawah naungan KKDW,” kata kenyataan itu hari ini.

Zainal Azni dianggap calon terbaik bagi mengisi kekosongan jawatan itu memandangkan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perundangan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpengalaman luas dalam perundangan serta korporat tempatan dan antarabangsa.

“Pelantikan ini juga menjadi bukti kepada rekod kecemerlangan pencapaian, kepimpinan tinggi dan berwawasan strategik ditunjukkan Zainal Azni diperlukan dalam memastikan RISDA terus unggul ke arah mancapai misi agensi menujukelestarian pembangunan sektor pekebun kecilgetah di fasa 50 tahun kedua,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan