26 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Kadar surcaj ICPT pengguna komersial, industri turun 1 sen/kWj

Mesti Baca

KERAJAAN bersetuju menurunkan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 1 sen/kWj bagi pengguna komersial dan industri bagi tempoh Julai hingga Disember.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan berkata, pihaknya berharap penurunan kadar surcaj ICPT bagi kategori tersebut dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran.

Di samping itu, kata PETRA penurunan kadar surcaj kategori tersebut menyokong usaha kerajaan menggalakkan pelaburan di Malaysia, seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan merancakkan ekonomi negara.

“Di samping itu, kerajaan juga telah bersetuju menurunkan surcaj sebanyak 1 sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

“(Ini) supaya pihak PBT dapat menyediakan perkhidmatan pencahayaan yang menyeluruh di kawasan awam seperti lampu-lampu jalan, lampu taman-taman perumahan dan lampu kawasan rekreasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, kerajaan telah bersetuju supaya tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2024.

Advertisements

Melalui keputusan tersebut, kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.

“Secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh Julai hingga Disember 2024 yang akan dibiayai oleh kerajaan pada kali ini adalah sebanyak RM2,192 juta,” katanya.

Kenyataan itu berkata, PETRA percaya pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar merupakan pendekatan yang terbaik pada masa ini.

Katanya, ini dapat mengurangkan komitmen subsidi kerajaan yang mana peruntukan tersebut akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat.

Di samping itu, kerajaan boleh terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua kapal dagang berlanggar, Maritim Malaysia aktifkan Carilamat

DUA buah kapal dagang dilapor telah berlanggar di 25 batu nautila timur laut Tanjung Balau, Sedili, Johor kira-kira pukul...

Lagi Artikel Berkaitan