25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

PRK Nenggiri 17 Ogos, penamaan calon 3 Ogos – SPR

Mesti Baca

PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diadakan pada hari Sabtu, 17 Ogos depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas, hari ini.

Ini merupakan tugasan pertama Ramlan sejak dilantik sebagai Pengerusi SPR, Rabu lalu.

Ramlan memberitahu, tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Nenggiri itu akan dilangsungkan pada hari Sabtu, 3 Ogos.

Beliau berkata, pengundian awal pula ditetapkan pada 13 Ogos depan.

Menurut Ramlan, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 3 Ogos sehingga pukul 11.59 malam, 17 Ogos.

Advertisements

“PRK DUN Nenggiri akan menggunakan daftar pemilih terkini sehingga 18 Jun 2024 mengandungi seramai 20,259 pemilih orang pemilih yang terdiri daripada 20,245 orang pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Kerusi N.43 Nenggiri diisytihar kosong berikutan penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim telah hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) para 13 Jun lalu.

SPR berkata, sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima pemakluman tersebut.

Sebelum ini, Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dianggap melanggar perlembagaan parti.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan tahun lalu, beliau yang bertanding atas tiket Pas menang denan majoriti 810 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Abd Aziz Yusoff.

Mohd Azizi memperoleh 6,517 undi manakala Abd Aziz mendapat 5,707 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua kapal dagang berlanggar, Maritim Malaysia aktifkan Carilamat

DUA buah kapal dagang dilapor telah berlanggar di 25 batu nautila timur laut Tanjung Balau, Sedili, Johor kira-kira pukul...

Lagi Artikel Berkaitan