32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Rohingya: Hanya kerajaan Malaysia boleh beri kebenaran tinggal di negara ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendakwa boleh mengesahkan seseorang individu itu dibenarkan untuk tinggal di negara ini.

Ujar Hamzah lagi, hanya Kerajaan Malaysia sahaja boleh mengesahkan seseorang individu itu dibenarkan untuk tinggal di negara ini dan pendaftaran bagi membolehkan tinggal di Malaysia dibuat oleh satu badan sahaja iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang kini diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh.

“Isu Rohingya ini sudah lama dan hari ini lebih 150,000 orang yang telah didaftar di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Pendaftaran negara kita hanya satu badan diketuai Datuk Ruslin iaitu JPN.

“Dia pendaftar sah untuk daftar mana-mana individu yang tinggal dalam negara kita dan tiba-tiba ada orang lain pula buat pendaftaran. Mengapa?,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Keputusan Kewarganegaraan di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, untuk tahun ini, hampir 3,000 individu menerima kewarganegaraan setelah melalui penelitian termasuklah kesahihan lahir di negara ini

Dalam pada itu, Hamzah menyatakan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mencari jalan untuk memastikan hanya menerima pengesahan kad dikeluarkan oleh agensi di bawah KDN.

“Bukan oleh mana-mana pihak yang mengaku bahawa ini kad UNHCR, jadi siapa nak pastikan? Malaysia patut pastikan sama ada orang itu sah boleh tinggal dengan kad yang boleh kita berikan,” katanya.

Sementara itu, Hamzah menegaskan, orang ramai harus memahami pendirian KDN.

“Pelarian yang datang ke negara kita dengan dokumen yang lengkap, kita tak tangkap pun. Orang Syiria, Afghanistan… Banyak pelarian seperti itu kita tak tangkap dan masukkan ke dalam depot tahanan.

“Mana yang masuk secara tak sah, pendatang asing tanpa izin (PATI), masuk menceroboh, melanggar undang-undang ini yang kita ambil tindakan.

“Bukan hanya negara, rumah kita pun kalau orang masuk tanpa diundang, dia melakukan kesalahan atau kita nak biarkan sahaja… Ini analoginya,” katanya.-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan