30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lelaki sorok mercun bernilai RM65,000 dalam rumah pusaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki menjadikan rumah pusaka ibunya sebagai stor simpanan mercun dan bunga api, menerima padah apabila bahan terlarang tersebut dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tikam Batu, Sungai Petani, petang semalam.

Serbuan ‘Op Aidilfitri’ itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Risikan/Operasi/Rekod Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada pukul 2.30 petang itu telah merampas sejumlah 65 kotak mengandungi 2,041 pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM65,000.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lelaki berusia 30-an itu menjadikan rumah pusaka ibunya di sebagai stor simpanan mercun dan bunga api bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan hasil siasatan , suspek mengaku membeli bahan letupan itu dari pembekal di kawasan Bukit Kayu Hitam untuk dijual di sekitar kawasan Sungai Petani,” katanya, lapor Astro AWANI.

Menurut Wan Hassan, pihaknya sedang menjejaki individu yang menjadi pembekal kepada suspek dan dipercayai masih menjalankan aktiviti penjualan mercun di sempadan.

Katanya, ini merupakan rampasan mercun terbesar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek kini di reman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Hassan turut memberi peringatan kepada individu yang ingin menjual mercun perlu mendapatkan lesen.

“Kita telah memberi arahan kepada semua team supaya membuat rondaan (dan) tidak ada penjualan barang-barang yang diseludup yang boleh membahayakan… kalau yang dilesenkan itu adalah maksudnya dah ada syarat-syarat.

“… tapi kalau yang diseludup ataupun mercun-mercun yang tidak boleh dibawa masuk ataupun sebagainya, ini yang bahaya apabila dibeli oleh orang ramai dan budak-budak bermain dan sebagainya boleh memberi kecederaan,” katanya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan