33.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

KPKM arah agensi serta pengilang BPS selesai isu kelewatan, harga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengarahkan beberapa agensi serta pengilang Benih Padi Sah (BPS) untuk menyelesaikan segera aduan berkaitan kelewatan bekalan serta penjualan BPS yang melebihi harga ditetapkan kerajaan.

Menteri, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, agensi berkenaan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawalselia Padi dan Beras, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Katanya, arahan itu dikeluarkan susulan aduan daripada beberapa pertubuhan petani dan pesawah berkaitan isu berkenaan, sehingga beliau sendiri turun padang semalam untuk memantau dan memeriksa dua kilang yang mendapat permit mengeluarkan BPS di Kedah.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat telah mengenal pasti beberapa isu yang menyebabkan gangguan bekalan BPS ketika ini.

Advertisements

“Pihak pengilang BPS turut memberikan komitmen untuk membekalkan BPS dengan kadar segera kepada MADA.

“Bagi kawasan-kawasan di luar seliaan MADA, saya telah mengarahkan pemeriksaan dan penguatkuasaan ditingkatkan,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad berkata, tindakan tegas mesti dikenakan ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan penjualan padi benih pada harga RM45 per kampit 20 kilogram.

Ujar beliau, kerjasama dari semua pihak amat diharapkan supaya segala isu-isu berbangkit dapat diselesaikan dengan segera bagi memastikan proses penanaman padi dapat mematuhi jadual telah ditetapkan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan