34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Konsert rock Radja, Ella pukau lebih 5,000 penonton

Mesti Baca

MALAM Sabtu lalu telah menyaksikan paduan rock hebat extravaganza di antara dua benua segaris muzik iaitu Indonesia-Malaysia yang menggabungkan Ella dan Radja.

Berlangsung di Mega Star Arena KL @ Sg Wang Plaza, Live In Concert Radja (Special Appearance Ella) berjaya menarik lebih 5,000 penonton.

Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) memulakan persembahan dengan lagu Bulan, diikuti lagu-lagu hits mereka seperti Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella Benci Bilang Cinta, Ga Ada Waktu, dan lain-lain dengan keseluruhan 16 lagu dipersembahkan.

Saat yang paling dinantikan apabila ratu rock negara, Ella muncul di pentas dan menerima sorakan gemuruh dari penonton yang hadir dengan menyanyikan lagu Jujur serta Takkan Melupakanmu sebelum menutup acara.

“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ kepada lagu-lagu Radja, serta buat ‘Queen of Rock Malaysia’ Ella kerana sudi bersama-sami kami dalam satu pentas, dan setinggi-tinggi penghargaan buat Dato’ Fazli dari Orange Entertainment International kerana merealisasikan impian kami.

“Ini adalah ‘new chapter’ buat Radja kembali ke Malaysia dengan respon yang sungguh luar biasa dari peminat semua, terasa momen ‘intimate’ itu sepanjang konsert berlangsung,” kongsi Ian.

Dalam pada itu, Ian berkata, Radja sendiri turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada tabung bantuan rakyat Palestin.

Advertisements

Katanya, sumbangan itu atas tanda prihatin kumpulan itu kepada rakyat Gaza yang sedang berdepan kesukaran saat ini.

“Terima kasih semuanya. Anda sangat menakjubkan, Kuala Lumpur. Tetapi di sebalik keriuhan kita, jangan lupa beri doa kepada saudara kita di Palestin.

“Mudah-mudahan masalah dan insiden yang terjadi di sana cepat selesai,” katanya.

Sementara itu, CEO & Pengasas Orange Entertainment International Dato’ Mohd Fadzli Idrus berkata, sejarah telah tercipta apabila dua legenda rock dari dua buah negara, Radja dan juga Ella disatukan dalam pentas yang sama.

“Kami di Orange International menjanjikan sajian persembahan menarik untuk semua peminat muzik terutamanya penggemar muzik rock.

“Selain berhibur, konsert malam ini turut menerapkan peringatan terhadap solidariti kita buat kemelut peperangan yang melanda saudara Islam kita di Palestin, dan tetaplah melaungkan ‘free Palestine!’ sebagai tanda sokongan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan