27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KKD sedang teliti kandungan RUU Majlis Media Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) kini sedang meneliti bagi memuktamadkan kandungan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia.

Untuk usaha itu, kata Menterinya, Fahmi Fadzil beberapa siri perbincangan secara berkala bersama Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia (Jawatankuasa Kerja Sementara) yang terdiri daripada pengamal media untuk memastikan RUU Majlis Media Malaysia ini dapat dibentangkanbsecepat mungkin.

“Sesi perbincangan telah diadakan bagi memastikan peruntukan- peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU Majlis Media Malaysia adalah jelas dan mencapai kesepakatan antara semua pihak.

“Antara perkara yang dibincangkan secara lebih teliti dan perlu dipersetujui adalah berhubung beberapa takrifan yang akan dimasukkan dalam RUU ini, penguatkuasaan yang dimiliki oleh Majlis Media Malaysia dan beberapa isu lain,”katanya di Dewan Rakyat.

Fahmi berkata demikian bagi menjawab Pertanyaan Lisan dari Wong Shu Qi (Kluang) pada Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas hari ini.

Advertisements

Shu Qi meminta menteri menyatakan status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia.

Tambah Fahmi, selanjutnya, KKD akan mengadakan sesi libat urus bersama kementerian, jabatan, agensi lain serta pemegang taruh yang terlibat secara langsung mahupun tidak bagi mendapatkan pandangan secara holistik daripada semua pihak dengan mengambil kira faedah Majlis Media Malaysia kepada negara secara amnya dan pengamal media secara khususnya.

Katanya, penubuhan Majlis Media Malaysia dan RUU yang dicadangkan ini hendaklah mengambil kira peruntukan undang-undang persekutuan serta undang-undang negeri sedia ada berkaitan dengan media.

“Peranan dan fungsinya juga perlu jelas bagi memastikan tiada pertindihan skop undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia dengan peruntukan undang-undang serta kawal selia sedia ada oleh kerajaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan