Sunday, June 14, 2026

Pocong ‘prank’ pemandu, lori masuk parit

Mesti Baca

JAKARTA – Gara-gara di prank sekumpulan remaja yang memakai kostum pocong, sebuah trak terperosok ke dalam parit dalam satu kejadian di Jalan Utama Mendoyo, Jembrana dekat Bali, semalam.

Ketua Polis Jembrana, Ketut Gede Adi Wibawa berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku ketika pemandu trak itu cuba mengalihkan sebiji tayar yang berada di tengah jalan.

Namun katanya, setelah dia kembali ke traknya untuk meneruskan perjalanannya, pemandu itu dikejutkan dengan kemunculan pocong membuatkanya keluar dan berlari meninggalkan kenderaannya.

“Akibatnya, trak itu meluncur sendiri dan termasuk ke dalam tali air selepas ditinggalkan pemandunya.

“Tayar itu sengaja diletakkan di jalan raya oleh remaja yang merancang mengenakan pemandu lori tersebut dengan menyamar sebagai pocong,” katanya sebagaimana lapor Detik News semalam.

Adi berkata, seramai lapan remaja terbabit dalam prank mengenakan pemandu trak itu yang dibuat untuk kandungan video.

Ujarnya, kumpulan remaja itu kini telah ditahan dan kesemua suspek adalah di bawah  umur.

“Selain itu, kami juga memanggil ketua kampung dan ibu bapa suspek dan memberi peringatan agar kejadian serupa tidak berulang,” katanya.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan