25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lesen pemandu lori nahas lima rentung berisiko digantung, dibatal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LESEN serta permit pemandu lori treler yang terbabit dalam nahas maut lima pelajar berhampiran Terowong Menora pagi semalam berisiko berdepan tindakan digantung atau dibatalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ menerusi kenyataan akhbar berkata, tindakan itu boleh diambil sekiranya hasil siasatan membuktikan pemandu lori itu melanggar Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP).

Menurutnya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kini sedang melakukan siasatan dan audit mengenai insiden itu sebelum tindakan undang-undang boleh diambil.

“Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekiranya pemandu dituduh di mahkamah.

“Polis juga akan menentukan sabitan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta 333 APJ, kepada pemandu terbabit untuk hukuman mahkamah.

“Malah, pemandu terbabit juga akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh yang ditentukan mahkamah,” katanya, hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan itu lagi, semakan dalam pengkalan sistem mySIKAP JPJ mendapati, pemandu treler terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan yang telah selesai dan satu rekod kesalahan masih aktif dengan 12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

“Jumlah mata demerit yang dikumpul akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

“Pelaksanaan Larangan Kenderaan Barangan (Road Ban) sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 lalu adalah bermatlamat memastikan nahas seperti ini dapat dielakkan sekali gus menurunkan kadar kemalangan di Malaysia,” katanya.

JPJ memandang serius insiden nahas maut itu dan pada masa sama, tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan di negara ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan