30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Pemandu lori maut kemalangan di LPT2 dekat Kerteh

Mesti Baca

SEORANG pemandu lori maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 329.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kerteh, Terengganu awal pagi ini.

Kejadian berlaku pukul 1.52 LPT2 dari Kerteh menghala ke Paka membabitkan sebuah lori tiga tan, sebuah lori kargo dan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Komander Operasi Kanan, Baharom Muhammad Hashim berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh telah dikerah ke lokasi kejadia bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti.

Advertisements

“Pemandu lori tiga tan yang merupakan seorang lelaki dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala pemandu Ford Ranger, katanya, yang merupakan seorang lelaki dewasa tersepit dan mengalami kecederaan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Sementara pemandu lori kargo satu tan tidak mengalami sebarang kecedaraan, katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan