25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kenyataan fitnah, penghinaan, polis kesan Hussein Abd Hamid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS kini mengesan seorang blogger bernama Hussein Abd Hamid berhubung satu artikel berunsur fitnah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki warganegara Malaysia berusia 75 tahun berkenaan dikehendaki untuk siasatan bersabit laporan polis Travers berkenaan satu artikel bertajuk ‘Randy Bastard These Pahang Royals!’.

Menurutnya, artikel berkenaan memgandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap Institusi Diraja Pahang.

Advertisements

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintenden Junainah M. Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor M Jagachandran di talian 03-22666071.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan