36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muafakat Nasional wadah rundingan agihan kerusi tiga parti Melayu

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penubuhan Majlis Presiden parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tidak menghakis peranan Muafakat Nasional (MN) berhubung pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) melibatkan parti itu, UMNO dan Bersatu.

Sebaliknya kata beliau, MN akan terus menjadi wadah rundingan pengagihan kerusi antara ketiga-tiga parti bagi menghadapi PRU-15.
Beliau menjelaskan, persetujuan sebelum ini untuk Pas, UMNO dan Bersatu berunding pengagihan kerusi menerusi MN akan terus dilaksanakan.

“Sebelum ini (memang) rundingan kerusi antara UMNO dan PAS tetapi dalam mesyuarat baru-baru ini kita setuju rundingan kerusi akan libatkan terus Bersatu. Bermakna tiga parti akan duduk sama berbincang,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim menolak dakwaan Pas menyisihkan gagasan MN yang dimeterai bersama UMNO pada 14 September tahun lalu.

Tuan Ibrahim mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki yang menegaskan, UMNO tidak akan berunding secara terus dengan Pas mengenai pengagihan kerusi bagi PRU-15, sebaliknya menggunakan platform Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, tindakan UMNO itu memandangkan Pas secara rasmi menyertai PN sebagai parti komponen.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, penyertaan UMNO, Pas dan Bersatu dalam rundingan agihan kerusi akan memastikan gandingan mantap untuk menghadapi PRU 15.

“Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan. Musuh politik akan gembira melihat kita berpecah. Keutamaan kita adalah musyawarah (perbincangan), pintu kepada penyelesaian terhadap apa jua permasalahan,” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan