33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pemain United mengadu jersi, stokin terlalu ketat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN-PEMAIN Manchester United mengadu jersi dan stoking perlawanan yang dibekalkan oleh Adidas terlalu ketat dan mendatangkan ketidak selesaan kepada mereka.

Justeru itu, kebanyakan daripada pemain Red Devils dilapor memilih untuk menggunakan jersi replika berbanding jersi original ketika perlawanan.

Pemain United juga dilapor tidak mengenakan stoking rasmi di laman sendiri sejak perlawanan kedua liga musim ini kepada tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspurs, Ogos lalu.

Andre Onana turut mengalami masalah sama selepas jersi original pemain yang dikenakannya lebih ketat berbanding yang dijual kepada penyokong namun penjaga gol itu juga kini beralih kepada jersi replika.

Advertisements

Pemain-pemain United juga mengadu kepada pengurus kelab bahawa staf kejurulatihan turut mengalami masalah sama di mana stoking mereka terlalu ketat di bahagian betis pemakainya.

Bertindak di atas aduan tersebut, syarikat pengeluar pakaian sukan gergasi Jerman itu sedang mencari penyelesaian terhadap aduan anak buah Erik ten Hag tersebut.

Syarikat tersebut dijangka memperkenalkan edisi baharu jersi United yang diperbaharui pada bulan depan.

Bagaimanapun, menurut Mail Online, United dan Adidias enggan memberikan komen berhubung laporan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi – KPN

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan