Sunday, June 14, 2026

Sepanyol, Turkiye dan Scotland sahkan tempat di Euro 2024

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEPANYOL dan Turkiye mengesahkan tempat di Kejohanan Eropah (Euro) 2024 selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam aksi kelayakan, awal pagi tadi.

Dalam aksi di Oslo, Norway, jaringan tunggal pemain muda Barcelona, Gavi pada minit ke-49 sudah cukup untuk memastikan tiga mata penuh milik La Roja, sekali gus naik ke tangga teratas Kumpulan A.

Kemenangan tersebut juga ibarat rahmat buat Scotland apabila turut layak ke Jerman selepas mengutip 15 mata, dipisahkan lima mata dengan Norway yang beraksi lebih satu perlawanan.

“Ia (kemenangan) hasil kerja keras daripada seluruh pasukan, dari penyerang sehinggalah penjaga gol terutama di bahagian pertahanan, pertahanan tengah kami sangat hebat.

“Tetapi ia adalah mengenai pasukan, yang melengkapkan permainan. Apabila kamu ada sikap dan keinginan, segala kepayahan akan diatasi,” kata pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente.

Sementara itu, sepakan voli Yunus Akgun pada minit ke-58 membuka kepada langkah kemenangan besar Turkiye 4-0 ke atas Latvia.

Pelawat cuba bangkit mencari gol penyamaan namun dua gol lewat Cenk Tosun dan satu daripada Kerem Akturkoglu memastikan tempat di Euro 2024.

Turkiye berada di tangga teratas Kumpulan D dengan 16 mata, enam mata mengatasi Wales dan Crotia. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan