27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

ATM nafi hantar anggota ke Palestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menafikan sebarang penglibatan anggotanya dalam misi ketenteraan ke Palestin sepertimana rakaman video yang tular dalam Tiktok, semalam.

Markas ATM menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah meneliti kandungan video tersebut dan mendapati ia merupakan sebuah rakaman video lama.

Jelasnya, ia merupakan video penugasan anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850-10 (Malbatt 850-10) ke Lubnan pada 2022.

“Justeru, ATM menafikan kandungan video tular tersebut dan mengesahkan bahawa ianya adalah tidak benar sama sekali,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Satu video berdurasi satu minit 36 saat tular di platform media sosial Tiktok semalam yang dikongsikan pemilik akaun bernama adamjohan64.

Advertisements

Namun, semakan Edisi 9 ke pemilik tersebut mendapati kandungan tersebut telahpun dipadam/ditarik balik dan digantikan dengan video penjelasan sebab Malaysia tidak boleh menghantar tentera ke Palestin.

ATM dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu.

“Ini kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan