30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Subsidi bersasar dan bagaimana untuk urus kewangan

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SUBSIDI bersasar (targeted subsidies) perlu dilakukan bagi meringankan beban rakyat terhadap harga barangan yang semakin meningkat.

Pada masa ini belum ada atau belum dilaksanakan cara memberikan subsidi bersasar, sehingga ada yang kaya pun mendapat subsidi.

Malahan warga asing pun menumpang subsidi bersasar yang sepatutnya hanya dikhaskan untuk warganegara Malaysia sahaja.

Pada tahun 2017, kerajaan membelanjakan sebanyak RM8.3 billion untuk subsidi berbanding RM51 billion pada hari ini, suatu peningkatan yang sangat tinggi.

Namun persoalannya siapakah yang layak menerima subsidi dan bagaimana cara melaksanakannya? Tulisan ini melihat kepada persoalan kelayakan subsidi bersasar dan cara adil mengagihkannya.

Menurut bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, ada dua cara menguruskan subsidi bersasar iaitu pertama, sasarkan pendapatan pengguna bukan sasarkan produk, keduanya memberi bantuan kewangan kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Arab Saudi menghapuskan subsidi dan sudah pasti harga barangan akan melambung berdasarkan teori supply and demand.

Bagi golongan kaya hal ini tiada masalah kerana mereka berupaya membeli pada harga berapa sekalipun, namun yang terkesan ialah mereka yang berpendapatan rendah.

Hal ini boleh diatasi dengan cara kedua iaitu memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang berpendapatan rendah melalui pelbagai kaedah seperti memasukkan terus ke akaun bank atau cara lain.

Kerajaan mempunyai data pendapatan rakyat, jadi mereka boleh mengagihkan wang tunai kepada yang memerlukannya.

Advertisements

Dalam hal penghapusan subsidi, masalah dengan warga asing tidak timbul sebab mereka akan menghadapi semua barangan dengan harga pasaran dan mereka tidak mendapat bantuan tunai seperti rakyat Malaysia.

Perlu ada pihak yang memantau pelaksanaan sistem tanpa subsidi supaya apa-apa anomaly yang timbul dapat segera diatasi.

Rakyat kini terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. – Gambar hiasan

Pemberian bantuan kewangan tidak boleh dilakukan berterusan kerana ini akan melemahkan daya usaha dan kreativiti rakyat kerana mereka akan selalu menadah tangan untuk mendapat bantuan.

Seharusnya masyarakat perlu dididik bagi menghasilkan pendapatan sendiri.

Cara baik juga ialah mengurangkan keperluan dalam segala hal, hidup secara minimalis, di mana keperluan kepada makanan, pakaian, dan lain-lain dapat dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan.

Satu lagi cara ialah dengan mengamalkan menabung. Sebaik sahaja menerima gaji atau pemberian tunai sebahagian daripadanya (misalnya 30 peratus) disimpan terlebih dahulu, bakinya baru diatur untuk dibelanjakan.

Amalan ini dilakukan oleh rakyat Jepun. Mungkin pada peringkat awal agak susah untuk menabung, tetapi lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang baik sekali gus mengatasi masa susah nanti.

Ini kerana hidup tidak selalu senang dan adakalanya timbul masalah yang memerlukan kewangan.

Kita perlu uruskan kewangan kita secara berhemah dan jangan ikut nafsu. Fikirlah dahulu sebelum bertindak agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Semoga kita dapat mengatur hidup sebaik-baiknya yang adil kepada semua pihak.


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan beliau aktif menulis.
Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan