25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

McDonald’s Malaysia 100 peratus milik Muslim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN McDonald’s Israel yang menyumbang makanan kepada rejim Zionis adalah tindakan bersendirian dan tidak mencerminkan nilai atau amalan McDonald’s Malaysia.

Gerbang Ala Restaurants Sdn. Bhd. menerusi kenyataan berkata, keputusan sebelah pihak yang dibuat pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah contoh kepada tindakan individu yang dimaksudkan, ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain.

“McDonald’s Malaysia adalah sebuah syarikat tempatan dan sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Reza Group dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik orang Islam,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurut kenyataan itu, sejak pemilikan tersebut, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat dan terus melakukannya setiap tahun.

Jelasnya, sehingga 2023, McDonald’s Malaysia telah membayar lebih RM12 juta zakat kepada 14 negeri di seluruh negara, bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Di McDonald’s Malaysia, kami komited dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami.

“Kami juga mengambil beribu-ribu warga tempatan sebagai kakitangan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat di negara ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan