25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Mudryk akhirnya ledak gol pertama bersama Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN sayap Ukraine, Mykhailo Mudryk akhir berjaya menamatkan ‘badi tanpa jaringan’ sejak menyertai Chelsea apabila meledak satu gol ketika menewaskan Fulham, 2-0, di Craven Cottage, awal pagi tadi.

Selepas menewaskan Brighton dalam kejohanan Piala Liga EFL Rabu lalu, The Blues akhirnya berjaya merekodkan dua kemenangan berturut-turut sejak akhir Ogos lalu.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, pengurus, Mauricio Pochettino menyenaraikan Armando Broja dalam kesebelasan utama untuk kali pertama sejak November tahun lalu.

Penyerang kebangsaan Albania itu terlepas peluang keemasan pada minit kedua apabila berjaya melepasi penjaga gol, Bernd Leno namun percubaannya liar melepasi palang.

Advertisements

Namun, Chelsea akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-18, apabila Mudryk yang menerima hantaran silang Levi Colwill mendada bola sebelum menyepak masuk di antara kaki Leno untuk gol pertamanya dalam 24 perlawanan.

The Blues hanya memerlukan 82 saat selepas itu untuk menjadikan kedudukan 2-0 selepas Broja memanfaatkan kesilapan pertahanan, Tim Ream menerusi jaringan pertamanya musim ini.

Pelawat hampir menambah jaringan di babak kedua apabila percubaan pemain simpanan, Ian Maatsen namun ia sekadar menggegar tiang.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea mara ke tangga ke-11 dengan lapan mata, hanya dipisahkan dengan Fulham di tempat ke-13 oleh perbezaan jaringan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan