Tuesday, June 16, 2026

Malaysia kutuk serangan berani mati di Ankara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman berani mati di Ankara, Turkiye yang mencederakan dua anggota polis pada jam 9.30 pagi, semalam.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, sebagai tanda solidariti bersama Turki dan seiring dengan masyarakat antarabangsa, Malaysia menentang penuh sebarang tindakan keganasan yang bertujuan menganggu proses politik yang sah.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Kedutaan Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,”katanya.

Sehubungan itu, Wisma Putra menyeru rakyat Malaysia di Turki untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Untuk bantuan, sila hubungi Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan