26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Fitnah, barah masyarakat yang perlu dirawat

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

FITNAH bboleh dianggap sebagai barah dalam masyarakat. Jika sel barah ini tidak dibunuh dengan segera, maka negara akan menjadi kucar kacir dan tersebarnya perangai atau akhlak buruk di kalangan anggota masyarakat.

Penubuhan Sekretariat Anti Fitnah seperti yang dilaporkan oleh Nurul Hidayah Hamid dalam Sinar Harian (Edisi Utara) pada 24 September 2023 adalah sangat bertepatan dengan maksud artikel ini.

Sekretariat ini melibatkan beberapa NGO seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA), Inisiatif Madani Rakyat Darul Aman (IMRAN) dan Tabayyun Media Network.

Sekretariat ini diwujudkan kerana budaya fitnah dibimbangi kian berleluasa sehingga memberi kesan kepada pentadbiran negara dan proses pembangunan negara.

“Budaya fitnah juga dikhuatiri telah menjalar sehingga menjejaskan kemuliaan agama apabila berita palsu disebar dengan sengaja. Fitnah dan maklumat palsu memberi kesan besar dalam masyarakat hingga boleh mencetuskan ketegangan, kekeliruan, prasangka, porak-peranda kezaliman dan permusuhan,” katanya.

Manusia sangat suka menyebarkan sesuatu berita tanpa mengesahkan dulu apakah berita yang didapati itu shoheh (benar) atau tidak.

Allah swt mengingatkan kita melalui firman-Nya: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Kalau panduan ini dituruti, maka tidak perlulah Harian Kompas dari Indonesia terpaksa meminta maaf kepada Perdana Menteri Malaysia beberapa hari yang lalu mengenai berita yang mereka terbitkan.

Advertisements

Hanya Allah SWT dan orang yang melakukan sesuatu perkara itu yang tahu, yang lain hanyalah membuat andaian semata-mata.

Sekiranya orang berbuat sesuatu perkara itu tidak jujur dengan perbuatannya maka dia akan mencari seribu satu alasan untuk menutup keburukannya atau juga dia akan mencari seribu satu alasan untuk menegakkan kebenarannya.

Fitnah mengikut kefahaman bahasa Melayu adalah komunikasi yang ditujukan kepada seseorang atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif kepada sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain berdasarkan fakta palsu.

Ia bermatlamat memburukkan atau mempengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang.

Dalam ayat ini Islam menekankan kaedah lebih cermat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita yang disebarkan supaya manusia keseluruhannya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah.

Setiap muslim wajib menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu diteliti kesahihannya.

Justeru dalam Islam, ketika berhadapan dengan sesuatu perkhabaran, kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Semoga kita dapat membina sebuah negara yang bebas fitnah demi sesuatu tujuan tertentu.


Penulis adalah bekas Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan beliau merupakan seorang yang aktif dalam penulisan.
Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan