27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hanya pemegang ID khas boleh beli minyak paket tahun depan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bakal menguatkuasakan arahan penjualan minyak masak peket terhad kepada pemegang pengenalan diri (ID) dari golongan B40 dan M40 bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan barangan subsidi sampai kepada golongan sasar.

“Sekarang ini minyak masak paket berada di pasaran terbuka. Kita mahu sasarkan kepada yang memerlukan supaya tidak berlaku penjualan kepada yang tidak sepatutnya.

“Maka dengan subsidi bersasar, hanya yang ada ID dan disahkan layak sahaja boleh dapatkan minyak masak yang paket bersubsidi ini,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Advertisements

Fuziah berkata, ramai yang bertanya mengapa tidak gunakan kad pengenalan atau MySejahtera dalam pemberian subsidin.

Jelas beliau, ia tidak dilaksanakan kerana keperluan keluarga tidak sama dengan keperluan peniaga micro.

“Maka nanti kita hadkan pembelian kepada tiga atau lima kilogram (kg), peniaga akan bermasalah.

“Lagi satu ialah golongan T20 tidak layak terima subsidi minyak masak paket. Maka perlu kepada ID yang berbeza,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan