26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Sukan Asia: Kuartet 4x100m mara ke final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUARTET 4×100 meter (m) lelaki negara mempamerkan larian bertenaga apabila mara ke final selepas merekodkan catatan ketiga terpantas dalam saringan pertama di temasya Sukan Asia Hongzou, pagi tadi.

Khairul Hafiz Jantan yang diletakkan sebagai pelari pertama bermula dengan sedikit perlahan sebelum menyerahkan baton kepada Muhammad Arsyad Md. Saat selaku pelari kedua.

Jonathan Nyepa menyambung larian selaku pelari ketiga yanga mana kuartet negara dilihat sedikit ketinggalan.

Namun, kebangkitan mereka dapat dilihat pada pelari terakhir yang juga pemenang pingat gangsa acara 100m, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi yang melakukan pecutan sekali gus membawa kuartet negara ke final dengan catatan 39.40 saat (s).

Advertisements

Catatan yang dilakukan hari ini sedikit perlahan berbanding rekod kebangsaan yang dicipta di Sukan SEA Hanoi, Mei tahun lalu dengan catatan masa 39.09s.

Saingan tersebut diungguli kuartet China yang membariskan Chen Guanfeng, Xie Zhenye, Yan Haibin dan Chen Jiapeng dengan catatkan masa 38.62s diikuti kuartet Korea Selatan (38.75s).

Kuartet negara secara keseluruhan berada di kedudukan keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final yang akan dilangsungkan pada pukul 9.25 malam esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan