25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Keputusan SPMU diumum 12 Oktober ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

“Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my,” kata KPM.

Advertisements

Menurut KPM, semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

“Sistem tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Oktober sehingga 6 petang pada 18 Oktober ini,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan