30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Chelsea terima kelulusan tajaan Infinite Athlete

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA mendapat khabar gembira selepas Premier League dilaporkan memberikan kelulusan kepada Infinite Athlete untuk menjadi penaja utama jersi pasukan musim ini.

Media sebelum ini melaporkan The Blues bersetuju dengan tajaan sebanyak RM228.7 juta semusim dengan syarikat pembekal data sukan dari Amerika Syarikat tersebut.

Kelab barat London itu sebelum ini mencari penaja baharu susulan tajaan syarikat Telekomunikasi, Three tamat akhir musim lalu.

Disebabkan itu, Chelsea terpaksa beraksi dengan jersi ‘kosong’ tanpa sebarang penaja sejak awal musim ini yang menyaksikan skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu hanya menang sekali dalam enam perlawanan awal liga.

Advertisements

Bagaimanapun, akhbar The Telegraph melaporkan, Premier League telah pun memberikan kelulusan berhubung penajaan Infinite Athlete namun mungkin tidak sempat dilekatkan logo syarikat tersebut untuk aksi Piala Liga, awal pagi esok.

Jersi Chelsea dengan logo penaja dijangka akan disarung pemain pada perlawanan menentang Fulham pada awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jangka masa tajaan Infinite Athlete dengan The Blues turut dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan, Riyadh Air berhubung penajaan jersi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan