26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Tular: KKM nafi kenaikan caj perkhidmatan klinik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan klinik kesihatan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, KKM memaklumkan penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Justeru, ujar kementerian itu, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah.

Advertisements

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan individu lain,” katanya.

Ujar KKM, pihaknya memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru – baru ini berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menaikkan caj perkhidmatan klinik kesihatan kepada RM10 sehingga RM15 sedangkan kadar caj semasa adalah RM1. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan