30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Piala Liga: Fulham tunjukkan Spurs jalan keluar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pengurus Tottenham Hotspurs, Ange Postecoglu merehat hampir kesemua pemain utama memakan diri apabila Spurs ditunjukkan jalan keluar oleh Fulham dalam aksi pusingan kedua Piala Liga Carabao, awal pagi tadi.

Dalam aksi di Craven Cottage awal pagi tadi, Fulham mendominasi perlawanan dan mendahului menerusi jaringan sendiri pertahanan pelawat, Micky van de Ven pada minit ke-19.

Richarlison kemudiannya menyamakan kedudukan buat Spurs menerusi jaringan pada minit ke-56.

Fulham mencipta banyak peluang selepas itu namun ketumpulan penyudah mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Andreas Pereira, Raul Jimenez, Harry Wilson dan Joao Palhinha menyempurnakan empat sepakan pertama The Cottages.

Advertisements

Sementara itu, Son Heung-min, Dejan Kulusevki dan James Maddison turut menemui sasaran ketika ditugaskan mengambil sepakan penalti.

Bagaimanapun, Spurs hampa apabila sepakan yang diambil Davidson Sanchez diselamatkan Marek Rodak sebelum Kenny Tete menyempurnakan sepakan penalti kelima Fulham untuk memastikan mereka mara dengan keputusan 5-3.

Postecoglu berkata, keputusannya melakukan rombakan untuk perlawanan itu adalah bagi memberi lebih tenaga sekali gus menafikan beliau memandang rendah kejohanan tersebut.

“Kami memberikan lebih ramai pemain untuk menyumbang kepada pasukan. Itulah sebabnya mereka di sini. Namun, saya kecewa dengan hasilnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan