Monday, June 15, 2026

1,593 keping banner, poster Ah Long sekitar Ipoh diturunkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,593 keping banner dan poster Ah Long telah diturunkan pihak penguatkuasa dalam Op Vulture Bersepadu di sekitar kawasan Bandaraya Ipoh semalam.

Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Balai-Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh itu mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Menerusi kenyataan dikeluarkan di Facebook Polis Daerah Ipoh, kesemua banner dan poster tersebut telah diserahkan kepada pihak MBI untuk tujuan pelupusan.

“Operasi pembanterasan terhadap kegiatan iklan pinjaman wang tanpa lesen ini akan terus dijalankan.

“Diharapkan dengan usaha daripada pihak penguatkuasaan ini, dapat mengelakkan orang ramai daripada terpengaruh dan menjadi mangsa sindiket Ah Long,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan