28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Premis operasi ah long diserbu, 13 warga tempatan ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Itulah yang boleh disimpulkan apabila 13 warga tempatan yang dipercayai merupakan ahli sindiket ah long berjaya ditangkap polis dalam Operasi Vulture di kawasan elit di Horizon Hill, Iskandar Puteri, Johor Baharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejayaan itu adalah hasil siasatan dan risikan pihaknya sebelum melakukan operasi serta serbuan pada pukul 1 tengah hari semalam.

“Dalam serbuan ini, polis berjaya membongkar kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang menjadikan premis di kawasan elit di Horizon Hill sebagai pusat operasi ceti haram.

“13 ahli sindiket ah long merupakan warga tempatan berjaya diberkas masing-masing berusia antara 19 hingga 28 tahun. Hasil siasatan yang dijalankan terhadap kesemua suspek, tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Sedenak bakal jadi ‘flagship’ keenam Iskandar Malaysia - PM

Sementara itu, Dzulkhairi berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 25 telefon bimbit, dua komputer, 19 kad ATM, satu kotak berisi dokumen perjanjian dan surat-surat yang dihantar kepada peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Menurutnya, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru untuk proses mendapatkan reman.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kes denggi meningkat 119% tahun ini – Dr Noor Hisham

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi bagi tempoh minggu epidemiologi ke-39 tahun ini iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan