31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

WHA: Pemilihan Khairy penghormatan besar buat negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva, Switzerland disifatkan sebagai satu penghormatan besar buat negara ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan berkenaan juga merupakan satu pengiktirafan kepada para petugas barisan hadapan kesihatan negara yang terus komited memikul dan melaksana tanggungjawab dalam melawan pandemik COVID-19.

“Tahniah kepada Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland pada tahun depan.

“Pemilihan YB Khairy secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke -72, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesungguhnya satu penghomatan besar kepada Malaysia dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Muhyiddin berharap dengan pengiktirafan berkenaan, Malaysia akan meneruskan kelantangan dalam memperjuangkan isu-isu seperti kesaksamaan akses vaksinasi untuk negara-negara membangun dan berani menyuarakan isu-isu kesihatan awam dunia bukan sahaja untuk kepentingan negara tetapi juga untuk kepentingan serantau.

Menurut beliau lagi, selaku Naib Presiden, beliau yakin Khairy akan menggunakan peluang berkenaan untuk memastikan Malaysia akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam program-program kesihatan dunia khususnya ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik.

“Syabas sekali lagi, keep up the good work dan semoga semua usaha kita bersama demi bangsa dan tanahair terus diberkati Allah SWT. InsyaAllah!

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan pelantikan Khairy sebagai Naib Presiden bagi WHA Ke-75 yang akan berlangsung tahun hadapan.

Pelantikan dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Himeji, Jepun.

Tambah Noor Hisham, pemilihan Khairy adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif yang dimainkan Malaysia dalam platform kesihatan dunia.

Untuk rekod, WHA adalah badan pembuat keputusan tertinggi untuk WHO dan dianggotai oleh 194 negara anggota.

Sementara itu, Khairy dalam satu ciapan di Twitter rasminya tadi mengucapkan terima kasih terhadap pemilihannya itu.

Jelas Khairy, pihaknya akan mengetengahkan suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti.

“Terima kasih di atas pemilihan Malaysia sebagai Naib Presiden WHA. Kita akan membawa suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti,” kata Khairy.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan