26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

11 barangan disenarai dalam Skim Harga Maksimum sempena Deepavali

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan 11 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021 yang berkuat kuasa dari 1 November hingga 7 November ini selama tujuh hari.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan skim tersebut sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut pada 4 November di seluruh negara.

“Tempoh pelaksanaan ini bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mendatangkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan terlalu lama.

“Dalam masa sama, 11 jenis barangan yang ditentukan ini adalah barangan utama yang diperlukan semasa sambutan Deepavali dan kesemua barangan ini mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat yang menyambutnya,” katanya pada sidang media di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Beliau berkata, harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ditentukan untuk barangan tersebut bagi 91 daerah di Semenanjung Malaysia, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Labuan.

Advertisements

Katanya, bagi Sarawak hanya melibatkan empat daerah sahaja berbanding 32 daerah sebelum ini iaitu di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu kerana kawasan tersebut mempunyai majoriti masyarakat India meraikan perayaan Deepavali.

Alexander berkata, 11 barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Daging kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) dan cili merah.

“Selebihnya, tomato, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja) serta kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja),” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan