36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Meloyakan, kilang fucuk dipenuhi najis tikus diarah tutup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang pemprosesan fucuk di Simpang Ampat, Seberang Perai, Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan amat menjijikkan.

Lebih meloyakan, ruang pemprosesan fucuk itu juga berbau busuk ekoran dipenuhi najis tikus, lipas dan lalat selain lebih lima ekor anjing turut didapati berkeliaran di kawasan luar premis berkenaan.

Memetik laporan Utusan Online, Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid turut menyifatkan premis yang sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu itu 200 peratus kotor.

“Dari sudut kebersihan, memang tempat ini amat membimbangkan kerana fucuk yang dibuat di sini berisiko menghasilkan kontaminasi silang yang boleh membahayakan pengguna.

“Kita dapati kilang ini juga beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) malah sudah pernah diserbu atas kesalahan sama tiga tahun lalu.

“Pemilik premis pernah berjanji untuk menghentikan operasi, namun perniagaan masih diteruskan sehingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas Op Bersih hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM5,500 meliputi kesalahan tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar bawah kementerian dan beroperasi tanpa kebenaran manakala Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) turut mengenakan kompaun sebanyak RM500 kerana berniaga tanpa lesen.

Tambah beliau, seorang lelaki warganegara Myanmar yang dipercayai satu-satunya pekerja di premis berkenaan turut berjaya melarikan diri.

“Difahamkan, produk yang dihasilkan akan dijual ke negeri selatan tanah air, namun sebenarnya kalau diikutkan, agak mustahil jika ia tidak dijual di sini.

“Jadi, arahan penutupan premis maksimum 14 hari turut dikeluarkan mengikut Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan