24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

6,148 kes harian COVID-19 dilaporkan hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 6,148 kes baharu positif Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Angka ini meningkat sedikit jika dibandingkan kelmarin iaitu sebanyak 5,711 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes kini mencatat sebanyak 2,448,372 kes.

Menurut beliau, daripada kes harian tersebut, sebanyak 21 kes adalah kes import melibatkan 13 warganegara dan lapan bukan warganegara.

“Sementara, sebanyak 6,127 kes adalah kes tempatan yang melibatkan seramai 5,885 warganegara atau 96.1 peratus; 242 bukan warganegara (3.9 peratus).

“Daripada 6,148 kes harian itu juga, sebanyak 101 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

Advertisements

“Manakala, sebanyak sebanyak 6,047 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 563 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) (495 kes disahkan COVID-19 ; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) dan 292 kes memerlukan bantuan pernafasan (211 kes disahkan COVID-19 ; 81 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak sembilan kluster baharu dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kluster aktif mencecah 494 kluster.

Terdapat sebanyak 7,595 kes sembuh juga dilaporkan hari ini dengan sejumlah 2,347,985 kes kumulatif, atau 95.9 peratus.-Edisi 9


Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan