28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes positif Covid-19 meningkat, Lembah Klang tertinggi

Selangor merekodkan sebanyak 959 kes manakala Kuala Lumpur sebanyak 947 kes.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WALAUPUN negara dalam fasa peralihan ke endemik namun ancaman pandemik Covid-19 masih belum berakhir malah menunjukkan peningkatan dalam tempoh beberapa hari ini.

Semalam sahaja sebanyak 2,932 kes positif dilaporkan di seluruh negara berbanding 1,918 kes sehari sebelum ini. Jumlah itu mengatasi kes sembuh iaitu sebanyak 2,292 kes.

Menurut data yang dikeluarkan oleh laman web Covidnow, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif Covid-19 iaitu sebanyak 959 kes.

Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (947), Perak (194), Negeri Sembilan (176), Sabah (143), Pulau Pinang (107), Kedah (67), Putrajaya (61), Johor (57), Sarawak (54) dan Pahang (51).

Manakala Melaka (42), Terengganu (18), Kelantan (30), Labuan (16) dan Perlis sebanyak 10 kes.

Sementara itu pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke wad meningkat kepada 527 orang berbanding 463 orang kelmarin.

Advertisements

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula adalah sebanyak 42 kes berbanding 44 kes sebelumnya.

Bagaimanapun, Covidnow menyebut, jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah sebanyak 25 kes berbanding 24 kes kelmari n.

“Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 11 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,024 kluster,” kata laman web tersebut.

Kluster baharu itu ialah Kluster Lima Jalan Yaacob Latif manakala kategori Kumpulan Berisiko Tinggi yang melibatkan Cheras, Kuala Lumpur; Seremban, Negeri Sembilan dan Gombak, Selangor adalah sebanyak 13 kes.

Berhubung dengan kematian, Malaysia mencatatkan tiga kematian Covid-19 berbanding lapan kes kelmarin, sekali gus menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,787 kes.

Daripada jumlah itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,587 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan