23.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Yasin bersyukur terlepas hukuman gantung

Penyanyi nasid dan komposer itu dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENYANYI nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman melahirkan kesyukuran selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, hari ini.

Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif baginya.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya ketika ditemui media di pekarangan mahkamah hari ini, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

Baca juga:   Beri sokongan padu, undi calon PN - Muhyiddin

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.

Hari ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepas tanpa membebaskan penyanyi dan komposer itu daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram Mac lalu.

Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Baca juga:   Orang awam masih ada peluang beri maklum balas Bajet 2023

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan