26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Jangan pertikai usaha suburkan Islam di sekolah – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bagi menyuburkan Islam dalam kalangan pelajar Islam di sekolah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ini kerana Islam adalah agama rasmi di negara ini serta merupakan cara hidup majoriti rakyat Malaysia dan bukan hanya ritual keagamaan sahaja

“Menyokong penuh usaha kerajaan untuk memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi kepada pelajar Islam di sekolah.

“Tidak langsung ada paksaan untuk pelajar bukan Islam untuk mempelajarinya.

Advertisements

“Maka jangan pertikaikan usaha untuk menyuburkan ilmu agama Islam di dalam sekolah dan jika ada yang mempertikaikan tidak kira kawan mahupun lawan, berhadapanlah dengan Pemuda UMNO dahulu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

KPM pada 19 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Program rintis itu melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 SMKA dan 228 SABK.

Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat tentangan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang mendakwa ia bertentangan Perlembagaan Persekutuan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan