30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Kamal Adli akui masih fobia, kurang aktif di sosial media

Mesti Baca

KEJADIAN diserang lelaki tidak dikenali di Singapura benar-benar membuatkan pelakon, Kamal Adli fobia dan trauma.

Malah disebabkan perkara itu, Kamal sudah kurang aktif berkongsi aktiviti harian di sosial media berbanding dahulu.

Bagi Kamal, cukuplah sekadar berkongsi perkara yang membabitkan perkembangan seni dan lakonan.

“Kejadian yang berlaku betul-betul buatkan saya trauma dengan beberapa perkara. Selain takut keluar rumah tanpa tujuan saya juga kurang berkongsi kisah di sosial media.

“Terasa seperti apa yang saya lakukan ada orang yang memerhati. Oleh itu, saya mengambil langkah mengurangkan muat naik hal peribadi.

“Kecuali yang membabitkan kerja dan karier seni barulah saya akan muat naik,” katanya.

Advertisements

Kamal berkata, dia juga turut menasihati isteri yang juga pelakon, Uqasha Senrose untuk tidak terlalu mengikut cara orang lain dengan berkongsi apa sahaja.

Baginya, tidak perlu fikirkan kata-kata orang apatah lagi membaca komen.

Berkongsi perkembangan kesnya itu, Kamal berkata, tidak ada sebarang maklumat terkini daripada polis Singapura.

“Sehingga sekarang tidak ada maklumat terkini yang diterima dan saya hanya menunggu sahaja.

“Polis pun tidak ada hubungi saya dan beritahu apa-apa perkembangan terkini.

“Apa yang pasti, saya masih tertanya sehingga kini kenapa lelaki itu memukul saya dan apa yang dia tidak puas hati sebenarnya dengan saya,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan