28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pertuduhan bermotif politik sejak awal – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sejak awal lagi mengetahui bahawa empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan rasuah yang dikenakan terhadapnya adalah bermotifkan politik.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini kerana beliau sememangnya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari sudut undang-undang di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau undang-undang jenayah lain.

“Ini terbukti apa yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim dan saya bersyukur, dengan itu saya boleh menyatakan akan terus berusaha bekerja dan menjelaskan kepada khalayak umum mengenai tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu yang menganiayai saya.

“Terbukti juga ia tuduhan palsu dan tidak benar, dan tidak langsung menepati undang-undang yang telah dibicarakan,” katanya.

Advertisements

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas dibebaskan daripada empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu kemudiannya disambut oleh penyokongnya dengan laungan ‘referendum’ dan ‘takbir’.

Hari ini, mahkamah membebaskan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu selepas membenarkan permohonannya untuk membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keempat-empat pertuduhan tersebut adalah cacat, tidak berasas dan kabur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan