26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

6 anggota polis ditahan terbabit aktiviti pemerasan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sebanyak enam anggota polis ditahan kerana disyaki memeras ugut orang awam di sekitar Serdang, kelmarin.

Memetik Bernama, perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi, semalam.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut penahanan semua suspek, beliau berkata, mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Ya, saya mengesahkan mereka ditahan semalam oleh JIPS untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan pemerasan.

Beliau berkata ketika ini, siasatan terperinci dilakukan berhubung kes itu dan semua anggota terbabit ditempatkan di Unit Pentadbiran buat sementara waktu serta tidak dibenarkan bertugas di lapangan.

Advertisements

“Saya memang tidak bagi peluang kepada mana-mana anggota saya yang bertugas di bawah pentadbiran kawasan Serdang melakukan kegiatan sedemikian (peras ugut).

“Hasrat saya untuk menaikkan imej polis agar masyarakat tidak pandang serong kepada kami apabila berlaku kes-kes sebegini (anggota polis terlibat kes jenayah),” katanya.

Razali berkata, fokusnya adalah ‘membersihkan’ imej Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang daripada stigma negatif masyarakat dan mengembalikan keyakinan mereka kepada pasukan keselamatan itu.

“Saya tidak mahu apabila anggota polis terbabit jenayah, masyarakat menganggap kami tidak mengambil tindakan kepada mereka.

“Sebab itulah saya tidak beri muka apabila anggota saya yang terbabit jenayah,” katanya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan