Sunday, June 14, 2026

Kalah atau menang ujian Allah, yang penting usaha – Dr Akmal

Beliau turut menasihati ahli sayap itu supaya kekal utuh biarpun apa sahaja tuduhan dan persepsi dilemparkan terhadap UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan ahli sayap parti itu supaya menganggap kekalahan atau kemenangan dalam pilihan raya adalah satu bentuk ujian daripada Allah.

Dr Muhamad Akmal berkata, apa yang penting ketika ini adalah untuk melakukan usaha sehabis baik sebelum menyerahkan urusan selebihnya kepada Allah.

Malah, beliau turut menasihati ahli sayap itu supaya kekal utuh biarpun apa sahaja tuduhan dan persepsi dilemparkan terhadap Umno.

“Kekalahan itu satu ujian Allah. Kemenangan juga adalah satu ujian Allah Biarlah apa pon orang cakap tentang ‘rumah’ (parti) kita.

“Kita berusaha sehabis baik dan jangan sombong Allah yang menentukan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan