32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Caicedo akui terdesak mahu sertai Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah Brighton, Moises Caicedo mengakui dia kini terdesak untuk menyertai Chelsea dan melabelkan The Blues sebagai ‘pasukan yang menarik’.

Ini selepas Chelsea dilaporkan sedang berbincang dengan The Seagulls yang meletakkan tanda harga sebanyak RM592 juta bagi pemain antarabangsa Ecuador itu.

Pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini cuba memastikan perpindahannya ke Arsenal menjadi nyata pada Januari lalu namun perbincangan tersebut menemui jalan buntu.

Namun kini, peluang menyertai Chelsea pula tiba dan Caicedo pastinya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

Bercakap kepada La Cancha Con Majo, Caicedo berkata Chelsea sebuah pasukan yang besar dan dia mahu beraksi di kelab tersebut.

Advertisements

“Benar, mereka akan sebuah kelab besar. Pasukan yang penuh dengan sejarah dan saya tidak akan katakan tidak kerana ia sangat besar, bersejarah dan pasukan yang menarik.

“Bandarnya (London) juga menarik,” katanya.

Caicedo menyertai Brighton pada harga RM26.7 juta pada 2021 dengan kontrak dan jika kelab itu berjaya menjual pemain itu pada harga RM592 juta, mereka akan memperoleh keuntungan sebanyak RM565.3 juta.

Pemain antarabangsa Ecuador itu diturunkan dalam kesemua 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan