26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

PRN: BN umum calon 21 Julai – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) akan mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 21 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita akan umum calon penuh bagi keenam-enam negeri pada 21 Julai, malam,” katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn malam tadi.

Turut hadir Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof, Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan kepimpinan parti gabungan yang lain.

Advertisements

PRN akan berlangsung pada 12 Ogos ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai ini oleh Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Anwar memaklumkan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan calon mereka dalam tempoh beberapa hari lagi.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, pembahagian kerusi telah selesai dan hanya beberapa kerusi yang dibincangkan dengan lebih lanjut malam tadi.

“Sudah dimuktamadkan di semua negeri. Ada satu dua saja (kerusi) di satu negeri yang kita akan bincang. Malam ini selesai.,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan