30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

BN yakin kembali rampas Terengganu – Ahmad Said

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SENARIO politik di Terengganu yang sentiasa berubah-ubah memberi keyakinan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali merampas negeri itu daripada Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau percaya undi rakyat negeri itu akan kembali kepada BN dengan syarat tiada taktik kotor dimainkan pihak lawan.

 “Insya-Allah kita boleh (kembali rampas Terengganu) dengan syarat Pas tidak bagi duit macam sebelum ini. Kita lihat janji-janji Pas terlalu banyak. 

“Kita percaya senario (politik negeri) sentiasa berubah. Walaupun kita tewas teruk baru-baru ini, katakan 8-0 tetapi banyak faktor yang mengubah keadaan itu. Kerana kita sedar bahawa UMNO-BN satu parti yang jujur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 405 yang bertajuk PRN: Banyak Isu Belum Selesai? yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.

Advertisements

Program yang dihoskan Ismail Adnan itu turut menampilkan tiga panelis lain iaitu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Mohd. Yadzil Yaakub; Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Rsn Rayer dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki.

Sementara itu, ditanya adakah sewaktu menjadi Menteri Besar sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam salah laku atau gejala rasuah, Ahmad berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan.

“Ya (saya bersih) sebab itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) saya mencabar (sesiapa sahaja) kalau saya rasuah, lapor pada Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Memang sebagai Menteri Besar, macam-macam tuduhan dilemparkan, sebab itu saya kata saya tidak takut,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan