Thursday, June 4, 2026

Sumareh, Palmero antara pemain tidak disenaraikan Cklamovski

Mesti Baca

PEMAIN paling banyak menerima kritikan, Mohamadou Sumareh dan pemain warisan baharu, Gabriel Palmero tidak akan diturunkan oleh pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Menurut Astro Arena, turut tidak dibawa bersama ialah Zikri Khalili, Safwan Mazlan, Haqimi Azim, Natxo Insa dan Christian Abad.

Malaysia hanya dibenar membariskan 23 pemain bagi menghadapi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 itu, iaitu aksi pertama bagi Kumpulan F.

Sebelum ini, Cklamovski berkata, beliau tidak akan menghantar pulang para pemain yang tidak tersenarai sebaliknya akan tetap bersama-sama pasukan tersebut.

Perlawanan menentang Nepal merupakan ujian pertama bagi pengendali dari Australia tersebut selepas mengambil alih tugas Ketua Jurulatih skuad kebangsaan sejak Januari lalu.

Malahan ia juga menjadi perlawanan pertama bagi seorang lagi pemain warisan yang baharu dibawa menyertai Harimau Malaya, Hector Hevel manakala Faisal Halim pula kembali beraksi di pentas antarabangsa sejak tragedi disimbah asid 10 bulan lalu.

Selain Nepal, kumpulan F juga terdiri daripada Laos dan saingan terkuat iaitu Vietnam dan hanya juara kumpulan layak ke Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Sumareh sebelum ini mendapat kritikan banyak pihak terutama para peminat dan penyokong Harimau Malaya ekoran mempunyai minit permainan yang sangat sedikit tetapi tetap dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Berikut barisan pemain yang akan turun bertemu Nepal malam ini:

Syihan Hazmi, Kalamullah Al-Hafiz dan Haziq Nadzli (penjaga gol), Daniel Ting, Dion Cools, Harith Haiqal, Corbin-Ong, Matthew Davies, Quentin Cheng, Shahrul Saad, Hector Hevel (pertahanan).

Afiq Fazail, Endrick Dos Santos, Nazmi Faiz, Nooa Laine, Safawi Rasid, Stuart Wilkin, Syamer Kutty (tengah) dan Akhyar Rashid, Arif Aiman, Faisal Halim, Paulo Josue, Romel Morales (penyerang). – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan