23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Malaysia, Timor-Leste sepakat laksana pengecualian visa

Mesti Baca

MALAYSIA dan Timor-Leste hari ini sepakat untuk melaksanakan pengecualian visa bagi rakyat bagi kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahiim.

Menurut Perdana Menteri, beliau dan rakan sejawatannya dari Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao telah menyaksikan majlis pertukaran nota bagi pengaturan pengecualian visa tersebut yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu juga menyaksikan pemeteraian perjanjian konsesi tanah terkait pemberian sebidang tanah oleh Kerajaan Timor-Leste untuk pembangunan Kompleks Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Dili.

“Saya turut umumkan kesepakatan kami dalam melonjak kesalinghubungan kedua-dua negara menerusi penerbangan terus Kuala Lumpur-Dili oleh Batik Air bermula awal tahun depan, dan bakal disusuli oleh AirAsia,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Advertisements

Gusmao dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan Perdana Menteri Timor-Leste pada 1 Julai 2023.

Sementara itu Anwar berkata, beliau amat tersentuh mendengar kenyataan Gusmao terkait konflik di Gaza, Myanmar, Ukraine dan selainnya.

Katnya, kebimbangan pemimpin itu mendambakan keamanan ternyata lahir dari hati nurani dan pergelutan panjangnya dalam memerdekakan Timor-Leste.

“Pertemuan saya dan PM Gusmao hari ini telah berjaya memperkukuh hubungan kedua-dua negara dan mempererat persahabatan peribadi kami. Mendoakan masa depan yang cemerlang untuk Malaysia dan Timor-Leste, Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan