31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, December 6, 2024

Anugerah Seni Negara dihidupkan semula selepas  15 tahun

Mesti Baca

ANUGERAH Seni Negara (ASN) yang memberi penghormatab tertinggi kepada penggiat seni akan dihidupkan selepas 15 tahun dihentikan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, sebanyak empat kategori utama iaitu Anugerah Seniman Negara, Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

MOTAC berkata, majlis akan diadakan pada 13 November ini pada jam 8.30 malam di Hotel Majestic Kuala Lumpur yang akan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

“ASN 2024 telah menerima sebanyak 165 pencalonan daripada pelbagai bidang seni yang menunjukkan minat dan komitmen kukuh dalam industri ini. 

“Setiap pencalonan dinilai dengan teliti oleh panel pakar yang terdiri daripada bidang akademik, penggiat seni dan pihak berkepentingan dalam industri,” kata kenyataan itu.

Advertisements

ASN diperkenalkan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa penggiat seni dalam pelbagai cabang seni seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.

MOTAC berkata, penerima anugerah dipilih berdasarkan ketokohan, sumbangan kepada masyarakat, kepimpinan dan impak mereka dalam memperkasa seni budaya tempatan.

Untuk rekod, ASN telah diadakan sebanyak lapan edisi iaitu bermula dari tahun 1993, 1995, 1997, 1999, 2002, 2004, 2006 dan kali terakhir penganjurannya adalah pada tahun 2009.

Antara tokoh yang pernah menerima ASN ialah Tan Sri Dr. Jins Shamsudin (Seni Lakon & Perfileman), Tan Sri Ahmad Nawab (Seni Muzik), Abdul Rahman Abu Bakar (Seni Teater Bangsawan), Datuk Syed Alwi Syed Hassan (Seni Teater) dan Khatijah Awang (Seni Makyung). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Banjir: PMC utamakan kesihatan pesakit sedia ada, kakitangan

PUTRA Medical Centre (PMC) Alor Setar, Kedah memperkukuh komitmen terhadap servis komuniti dengan memberi keutamaan kepada pesakit dalaman dan...

Lagi Artikel Berkaitan