28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

SENIMAN seru ahli terus patuh SOP jalani aktiviti seni

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa atas inisiatif memberi kelonggaran buat industri seni kreatif untuk kembali bernafas semula.

Setiausaha Agungnya, Mohd Hafiz Mohd Nafi berkata, pihaknya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mendengar rintihan kami yang sekian lama terkesan dengan penutupan sektor ini.

“Bagaimanapun, kami menyeru kepada lebih tujuh ribu ahli untuk terus mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang menjalankan sesi penggambaran atau apa jua aktiviti seni,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata, pematuhan ini penting bagi menggelakkan penyebaran wabak COVID-19 menular kepada semua krew serta artis yang terlibat dalam kerja-kerja seni yang dilakukan.

“Susulan itu, kami sedia mengambil tanggungjawab bersama pihak berkuasa bagi memastikan semua penggiat seni dapat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Kami akan berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk pemantauan terhadap aktiviti seni yang dijalankan bagi menjamin keselamatan dan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

“Seniman percaya ahli-ahli kami akan sedaya upaya mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi melancarkan sebarang aktiviti seni dilapangan,” ujarnya lagi.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumuman pembukaan semula sektor industri kreatif yang berkuatkuasa hari ini. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan