28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lebih 50% populasi dewasa di Malaysia lengkap vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 50 peratus populasi dewasa di Malaysia telah lengkap vaksinasi dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK) sejak dilancarkan.

Bagaimanapun, Sabah sedang menuju bagi meningkatkan liputan vaksinasi dan setakat semalam, telah merekodkan sebanyak 47.0 peratus populasi dewasa menerima suntikan dos kedua.

Berdasarkan rekod, seramai 1,297,253 individu di Sabah telah lengkap divaksinasi manakala, seramai 1,756,864 individu menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Jumlah Kumulatif Pemberian Dos Vaksin

Setakat semalam, sebanyak 70.5 peratus populasi dewasa telah lengkap vaksinasi, membabitkan jumlah individu seramai 16,492,295 atau bersamaan (50.5 peratus populasi keseluruhan).

Sementara, sebanyak 89.5 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama, membabitkan jumlah individu seramai 20,943,582 atau bersamaan (64.1 peratus populasi keseluruhan).

Advertisements
Laporan Harian Pemberian Dos Vaksin

Sejumlah 37,392,241 pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia sehingga semalam, berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Dalam pada itu, sebanyak 320,452 jumlah pemberian harian dos vaksin negara telah diberikan kepada penerima.

Daripada jumlah itu, seramai 192,414 individu telah menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka, manakala seramai 128,038 individu menerima suntikan dos pertama.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 24,340 dos pertama dan sebanyak 31,247 dos kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan