36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sukan ‘indoor’ dibenarkan kecuali gimnasium

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan aktiviti sukan dalam dan luar dewan kepada individu yang lengkap dua dos vaksin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, menurut beliau, aktiviti gimnasium masih tidak dibenarkan.

Selain itu, fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup juga dibenarkan tetapi dengan kawal selia dan hanya untuk mereka yang lengkap divaksin.

Perdana Menteri berkata, penggunaan fasiliti tersebut perlu dilakukan secara temu janji di samping pematuhan SOP.

“Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan berkuat kuasa mulai 10 September 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aktiviti sukan outdoor dan gimnasium masih tidak dibenarkan walhal panggung wayang sudah pun dibuka.

Ini berikutan keputusan kerajaan semalam yang memberi kelonggaran bagi sektor industri kreatif bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN untuk kembali bergiat.

Luahan Faizal menerusi Twitter itu kemudian mendapat maklum balas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memaklumkan isu itu sudah dibincang dan “berita baik akan diumumkan.”

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kelonggaran bagi para peniaga kedai bunga (nursery), kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan untuk beroperasi bagi negeri-negeri dalam Fasa 1.

“Sementara bagi negeri di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser dan salon kecantikan dibenarkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN dan kementerian berkaitan.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan