30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lembah Klang beralih ke Fasa 2, umum PM

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan khabar gembira buat warga Lembah Klang apabila mengumumkan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Jumaat ini.

Persetujuan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan COVID-19 yang diadakan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, semua warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menikmati kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah fasa tersebut.

Ini termasuk kebenaran merentas daerah, kebenaran merentas negeri bagi suami isteri yang jarak jauh dan ibu bapa yang mahu berjumpa anak berusia di bawah 18 tahun.

Selain itu, dine-in juga dibenarkan di premis makanan tetapi aktiviti pelancongan hanya dibenar dalam negeri yang sama melibatkan penginapan di hotel dan homestay.

Bagaimanapun, semua kelonggaran itu diberikan kepada individu yang sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Advertisements

“Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lembah Klang berada dalam Fasa 1 di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan Jun lalu berikutan peningkatan kes COVID-19.

Dalam tempoh tersebut, Selangor terus merekodkan jumlah kes positif tertinggi dalam negara sehinggalah tiga hari terakhir diatasi oleh Sarawak.

Dengan peralihan tersebut, kini hanya Pulau Pinang, Kedah dan Johor masih berada dalam Fasa 1 PPN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan